Everything about Ping Pong is posted here.Read and enjoy the Ping Pong thrilling adventure.

Saturday, January 22, 2011

Mengapa saya pilih ping pong

Ping pong, mengapa tidak sukan lain. Bagi makluman semua saya boleh bermain bermacam permainan sukan lain. Namakan je le apa, bola sepak, sepak takraw, badminton, tenis, golf, snooker dan lain lain semuanya saya boleh main. He he bukan nak riak tapi memang boleh main dalam sesetengah sukan tu. Dalam sepaktakraw saya pernah mewakili sekolah dan berjaya sampai ke peringkat daerah. Mesti orang tak caya cakap saya ni kira macam poyo je , tapi memang dulu saya main killer iaitu apit kanan. Nyeh nyeh nyeh, masa tu boleh terbang buat lipatan dan libasan. Saya main takraw di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Minat bermain ping pong banyak dipengaruhi jiran saya iaitu haniff. Tiap tiap petang kami bermain di meja makan rumah mak nah iaitu mak si haniff.Kiranye meja makan tu dah jadik meja ping pong kami lah. Kira haniff ni memang player yg bagus masa tu. so saya ikut je le dia main. Kadang kadang kami main kat meja ping pong yang bagus kat balairaya stulang baru dekat je dgn rumah kami.

Masa sekolah menengah saya telah terpilih untuk memasuki English College (Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bahru untuk meneruskan pelajaran di peringkat menengah berdasarkan kecemerlangan dalam peringkat akademik dan ko kurikulum. Saya bersekolah disana sampai tingkatan enam atas. Pehhh memang sekolah ini agak terkenal. Ramai menteri menteri dan kerabat di raja belajar di sekolah ini. Memang bangga jadi pelajar sekolah berprestij ni. Sekolah ni juga banyak melahirkan jaguh dalam bidang sukan dan akademik. Di English College (EC) bermula perjalanan dan pengembaraan saya dalam permainan ping pong.

Saya berjaya memenenangi naib johan beregu dan ketiga individu semasa saya menyertai kejohanan ping pong EC tertutup. Pencapaian ini adalah satu permulaan baik berdasarkan saya tidak mendapat latihan yang formal dan peralatan yang baik seperti pemain ping pong yang lain.
Ikuti le perjalanan dan pengembaraan saya dalam dunia ping pong dalam coretan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...