Everything about Ping Pong is posted here.Read and enjoy the Ping Pong thrilling adventure.

Sunday, January 23, 2011

lifestyle, matlamat dan tujuan hidup serta kaitannya dengan ping pong

Ramai orang kata dia tak banyak pilihan dalam hidup. Emmm dulu pun saya cakap macam tu. Actually life is difficult , and sometimes its cruel toward us. Dulu mmg saya selalu cakap life ni tak banyak pilihan. Hingga le one day tu my ex boss masa kerja kat suk selangor bagitau , actually sebenarnya bukan tak banyak pilihan dlm hidup tapi adakah hidup ini satu pilihan.

Betul jugak cakap boss saya ni. So kita kena le percaya qadha dan qadar dan mesti ada hikmah disebalik sesuatu musibah dan kesulitan hidup yang kita tgh lalui dan alami.

He he he ada sikit unsur nasihat imam muda walaupun saya tak semuda mana. Sebenarnya saya boleh buat blog yg menceritakan pelbagai cabaran kehidupan saya , tapi saya memilih melawan arus , kerana saya yakin blog mengenai sukan dan kehidupan tak byk orang pilih. Di Malaysia kebanyakan blog memilih politik, gossip artis dan kehidupan sendiri untuk dibaca oleh pengunjung blog tersebut. Saya tidak mau komen tentang aliran blog mereka kerana negara kita bebas dan demokrasi, tapi saya ada le sebab pilih style penulisan begini.

Lifestyle ni kalau kita terlalu exposed akan mybabkan kita tanpa sedar merasa riak dan takbur. Tapi kalau terlalu merendah diri pembaca blog takde le rasa adrenalin nak baca blog. Jadi bersederhanalah dalam menulis apa apa pun. Nobody perfect even they are a prefect. Ayat ni saya cipta sendiri. Ha ha ha ha ha ha nyeh nyeh nyeh ( utk makluman semua saya mempunyai trademark sendiri iaitu nyeh nyeh nyeh , saya rasa student saya tau trade mark ni, nyeh nyeh nyeh forever)

Jadi perlahan lahan saya akan explain how my life evolve from a normal guy to ambitious guy. Saya memang bercita cita tinggi, ada orang kata tak bagus pasal nanti tak berjaya jadi frust. Saya berlainan pula, kita kena le pasang matlamat tinggi kalau tak berjaya sekurang kurangnya kita usaha. Kalau matlamat terlalu rendah maka usaha pun sikit je lah. sebagai contoh bila saya nak buat kelab ping pong saya rasa ramai yg memandang dingin dan sinis. Tapi saya nekad saya buat ni utk membantu orang ramai mengenali sukan ini. Memang bola sepak, badminton, hoki dan sukan lain popular di Malysia. Tapi cuba fikirkan ni sukan kriket sangat terkenal di negara seperti india , pakistan , bangladesh, australia , england dan byk lagi, tapi nape x popular kat sini.Sebabnya pendedahan media massa kurang mengenai sukan ini. Dan sebagai pengamal komunikasi massa saya terpanggil utk mengenengahkan sukan ping pong ini

Bebalik pada kehidupan , di negara kita kalau anda memilih satu kerjaya yang agak pelik orang mendengar , mereka mesti kata ada masa depan ke. Ha sekarang ni kerja kerja seperti animator dan pelbagai lagi telah berjaya dan pehhhh mmg meletop bayaran mereka dapat. Sebab tu saya percaya sebenarnya byk lagi kita boleh ceburi dalam dunia pekerjaan dan perniagaan.

Jadi saya harap anda sokong le saya dalam membina kelab ping pong ini.So kita jumpa lagi nanti, majulah ping pong untuk negara dan kehidupan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...