Everything about Ping Pong is posted here.Read and enjoy the Ping Pong thrilling adventure.

Tuesday, February 8, 2011

http://azrulshahlife.blogspot.com/

Ada Masanya Kita Dengar Cakap Orang Ada Masanya Kita Dengar Apa Hati Kita Kata


Dalam kehidupan ini kita paling risau dengan apa anggapan orang. Sebab itule ada peribahasa "Biar Mati Anak Jangan Mati Adat. Kerana terlalu risau apa orang kata kita kadang-kadang bimbang kita akan dicemuh atau dikutuk. Sebenarnya memang kadang-kadang kita kena juga le dengar kata orang. Tapi bagi saya tengok tempatnya. Tak caya pergi beli barang samada baju ke kasut ke apa ke lepas tu mintak kawan u ke sedara ke komen. mesti kadang2 u akan down dgr kritikan mereka. Lagi haru kalau u pergi shopping dah berkenan dgn baju ke apa ke mintak orang komen, aduhh kdg2 pening nak dgr cakap orang ke nak ikut kata hati. Sebenarnya kalau komen tu membina takpe juga ini komen menghentam je. So jalan terbaik kalau dah buat apa pilihan kena le tetap pendirian dan jangan menyesal.

nasreddin hoca

So dibawah ini ada cerita tentang seorang ahli suffi dan anaknya:
Mereka membawa seekor keldai dan melalui beberapa kawasan penduduk . Perjalanan bermula dengan si ayah menyuruh si anak naik ke atas keldai, si ayah berjalan kaki.
Tiba di satu kawasan pertama, penduduk berkata : 'Biadap sungguh anak ini membiarkan bapanya berjalan".

Mendengar akan kata-kata itu, si ayah kemudian menyuruh anaknya turun dan dia menunggang keldai . Sampai dekat kelompok lain, orang disitu mencemuh:
"Lelaki ini tiada hati perut, dia menunggang, anak dibiarkan berjalan".

Mendengar itu, si ayah dan si anak menunggang keldai
Apabila tiba pada kelompok ketiga, orang berkata : "Sungguh tidak berperi kemanusiaan dua orang lelaki ini, binatang yang kecil begini di tunggang berdua."

Mendengar itu, maka ayah dan anak turun berjalan, tiba di satu kelompok kumpulan orang disitu berkata: "Bodoh betul kedua orang ini, ada keldai tetapi mereka berjalan".

Mendengar itu, si ayah mengikat kaki keldai pada kayu dan bersama anaknya menyandar binatang itu, tiba di satu kawasan baru penduduk ketawa sambil berkata :
:"Gila betul dua orang ini, bukankah keldai ini boleh berjalan sendiri? Apa perlu dikandar?

Setelah itu, si ayah berkata kepada anaknya : "INILAH KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI WAHAI ANAK KU, OLEH ITU BUATLAH APA YANG KAMU YAKIN BETUL, BUKAN APA YANG ORANG MAHU KAMU LAKUKAN". Nasihat ahli suffi itu kepada anaknya.


Jadi moral of the story hidup kita ni kalau dengar cakap orang memang kita akan pening ini tak betul itu tak betul jadi apanya yang betul. Kita kan dilahirkan untuk jadi pemimpin so bila buat keputusan biarlah berdasarkan keyakinan diri bukan kerana dgr cakap orang. Ada masanya elok juga dengar nasihat orang kalau nasihat tu bagus. So pembaca sekelian fikirkanlah dengan tenang kalau nak buat sesuatu dalam hidup kita kerana hidup kita adalah hidup kita .

http://azrulshahlife.blogspot.com/


Salam , Sayonara dan Nyeh Nyeh Nyeh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...